MAKLUMAT TERKINI

Wakil NIFoS lawat FRIM
By Published On: Jun 17, 2022
NIFoS

FI

17 Jun 2022 (Jumaat) – Dua wakil Institut Sains Hutan Negara (NIFoS), Korea, iaitu Presiden NIFoS, Dr Hyun Park dan Pengarah Bahagian Perhutanan Global, Dr Hungsoon Choi telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pagi tadi.

Mereka telah bertemu dengan Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan semasa Kongres Perhutanan Dunia XV di Seoul pada bulan lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FRIM serta mengadakan perbincangan tentang potensi kolaborasi penyelidikan antara NIFoS dan FRIM.

Ismail menyambut mereka di Bilik Mesyuarat Shorea dan memberi taklimat mengenai latar belakang, misi dan misi, fungsi, aktiviti-aktiviti R&D serta pencapaian FRIM. Pengarah Perhutanan dan Alam Sekitar. Dr Wan Mohd Shukri Wan Ahmad pula menyampaikan pembentangan mengenai projek-projek penyelidikan FRIM yang menyokong Pengurusan Hutan Secara Lestari (SFM).

Turut hadir, Pengarah Bioteknologi Perhutanan, Dr Mohd Zaki Abdullah; Pengarah Perancangan Penyelidikan, Dr Mohd Rosli Harun; Ketua Komunikasi Korporat FRIM, Toh An Nee; Felo Persatuan Institusi Penyelidikan Perhutanan Asia Pasifik (APAFRI), Dr Gan Kee Sing dan Setiausaha Eksekutif APAFRI, Dr Pin Kar Yong.

Selepas perbincangan, mereka dibawa melawat denai alam FRIM untuk melihat fenomena ‘Crown Shyness’. Mereka juga melawat kampus FRIM serta Pejabat Sekretariat APAFRI.

 

Ismail chairing the meeting session. From left: Pin accompanying Ismail in presenting a congratulatory
Ismail mempengerusikan sesi perjumpaan. Dari kiri: Pin bersama Ismail menyampaikan surat ucapan tahniah sempena Ulang Tahun ke-100 tahun penubuhan NIFoS kepada Park dan Choi.
From left: Gan, Pin, Mohd Rosli, Wan Mohd Shukri, Ismail, Park, Choi, Mohd Zaki and Toh Picture at the nature trail
Dari kiri: Gan, Pin, Mohd Rosli, Wan Mohd Shukri, Ismail, Park, Choi, Mohd Zaki dan Toh yang menghadiri sesi perjumpaan. Gambar di denai alam FRIM.

Maklumat Terkini