Arboreta

Last modified: Jun 19, 2014

Arboretum merupakan pusat koleksi tumbuhan hidup.  Koleksi ini dipelihara untuk tujuan penyelidikan, pemuliharaan germplasma dan pendidikan.  Arboretum ditubuhkan bagi menyokong penyelidikan di dalam bidang botani dan penyelidikan lain yang berkaitan dengannya.  Sehingga kini FRIM mempunyai tujuh arboretum dan satu taman botani.  Arboretum yang tertua  iaitu Arboretum Dipterokarpa dan Arboretum Bukan Dipterokarpa telah ditubuhkan pada tahun 1929 yang terdiri daripada koleksi pokok Dipterocarpaceae dan juga Bukan Dipterocarpaceae.  Kini Arboretum Dipterokarpa memiliki 120 spesies sementara Arboretum Bukan Dipterokarpa mempunyai 169 spesies daripada 45 keluarga.  Coniferetum pula mempunyai 23 spesies dari Gymnsoperma sementara Arboretum Pokok Buah-buahan mempunyai 89 spesies terutamanya dari keluarga Anacardiaceae (keluarga mangga), Guttiferae (keluarga manggis) dan Moraceae (keluarga ara).  Bambusetum pula telah dibuka pada tahun 1994 dan sehingga kini mempunyai 39 spesies asli dan 6 spesies eksotik.  Terdapat juga Arboretum Monokot yang menyimpan koleksi khas dari keluarga palma, halia, keladi dan lain-lain tumbuhan herba.  Taman Etnobotani pula mempunyai 77 spesies yang digunakan untuk masakan dan amalan budaya.  Secara ringkasan, arboreta di FRIM mempunyai sekurang-kurangnya 354 spesies yang terdiri daripada 149 genera dan 48 keluarga.  Justeru, FRIM kini merupakan pusat bagi koleksi spesies tumbuhan yang utama.

3.3 (66.67%) 3 votes

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast