Kayu Bersilika

Last modified: Mei 22, 2014

Bongkah kayu bersilika ini ialah tinggalan pokok mersawa (Anisoptera, famili Dipterocarpaceae) di Jawa yang tertanam di dalam letusan gunung berapi berjuta-juta tahun yang lampau. Abu gunung berapi mengawet batang pokok manakala air yang mengandungi silika terlarut meresap ke dalam kayu dan secara beransur-ansur menggantikan tisu kayu dengan silika. Selepas berjuta-juta tahun, seluruh kayu diganti dengan silika. Silika ialah galian yang lebih dikenali sebagai pasir. Silika tulen tidak berwarna tetapi warnanya diperoleh daripada tembaga, besi dan bahan galian lain. Kayu bersilika juga dikenali sebagai kayu batu atau kayu terbaiduri. Spesimen ini berasal dari Jawa dan dihadiahkan kepada FRIM oleh Dr Francis Ng, bekas Timbalan Ketua Pengarah FRIM.

4.9 (97.14%) 7 votes

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast