Monthly Archives: Mac 2018

FRIM PCS luaskan skop pensijilan produk

22 Mac 2018 (Khamis) - Perkhidmatan Pensijilan Produk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM PCS) yang ditubuhkan pada Jun 2013 kini bersedia untuk mempersijilkan kesemua produk perabot kontrak kerajaan yang melibatkan 24 kementerian dan produk perabot pasang siap bawah projek pembangunan kerajaan. Taklimat FRIM sebagai Badan Pensijilan Produk Perabot pada 2013 bersama pengusaha serta wakil MOF, KPM, KDN dan MINDEF. FRIM PCS juga memperluaskan skop perkhidmatan pensijilan produk untuk pasaran terbuka, eksport serta import. Kemampuannya dalam menjamin kualiti produk perabot negara akan meningkatkan kepercayaan pengguna dari dalam dan luar negara. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata: “FRIM [...]

FRIM PCS luaskan skop pensijilan produk2018-05-16T10:04:10+08:00

FRIM sedia bantu pemuliharaan kelip-kelip

14 Mac 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersedia untuk membantu mana-mana kerajaan negeri untuk memulihara habitat kelip-kelip yang merupakan ‘ikon cahaya Malaysia’. Abd Latif: Perubahan yang memberi kesan terhadap habitat kelip-kelip akan menyebabkan penurunan populasinya. Ketua Pengarah (KP), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata, “FRIM mempunyai kepakaran untuk membantu menyelamatkan populasi kelip-kelip melalui pemuliharaan ekosistem yang menyokong kitaran hidup kelip-kelip serta kelestarian sumber makanannya.” Berdasarkan projek penyelidikan yang dijalankan oleh Cawangan Entomologi FRIM, kelip-kelip daripada genus Pteroptyx (contohnya Pteroptyx tener) berkumpul di pokok-pokok bakau dan mengeluarkan cahaya secara bersinkroni. Bagi melindungi habitat semula jadi kelip-kelip, zon [...]

FRIM sedia bantu pemuliharaan kelip-kelip2018-05-16T10:14:55+08:00

FRIM anjur taklimat kepada staf ‘frontline’

Staf yang menghadiri sesi taklimat. 13 Mac 2018 (Selasa) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan ‘Taklimat Barisan Hadapan’ yang pertama tahun ini pada 7 Mac lalu di Bilik Mesyuarat Licuala. Tujuan taklimat ialah untuk berkongsi maklumat dan keputusan pihak pengurusan serta pembangunan kampus terkini kepada staf barisan hadapan supaya maklumat yang konsisten dapat disampaikan kepada pihak pelanggan. Sesi yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah ini juga membincangkan isu-isu berkaitan penguatkuasaan serta maklum balas pelanggan. Dari kiri: Toh, Khali Aziz, Norhayati, Sulaiman dan Liza semasa perbincangan. Seramai 28 staf dari Unit [...]

FRIM anjur taklimat kepada staf ‘frontline’2018-05-16T10:04:57+08:00

FRIM-GPB kerjasama dalam pembekalan bahan mentah

13 Mac 2018 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Golden Pharos Berhad (GPB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk melaksanakan kerjasama pembangunan dan penyelidikan serta memastikan pembekalan bahan mentah khususnya bagi Program Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS). Majlis yang diadakan di Wisma Darul Imam, Kuala Terengganu pada 7 Mac lalu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Abd Latif (kiri) dan Ahmad Razif menyampaikan ucapan. Para hadirin pada majlis tersebut. Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod mewakili FRIM dalam menandatangani MOU manakala GPB pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ahmad Nadzarudin Abdul Razak. [...]

FRIM-GPB kerjasama dalam pembekalan bahan mentah2018-11-12T13:39:15+08:00

FRIM terima anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan

5 Mac 2018 (Isnin) - FRIM telah menerima ‘Anugerah Kecemerlangan Penarafan Lima Bintang Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti’ bagi tahun 2016 daripada Jabatan Audit Negara. Abd Latif (kiri) dan Mohd Zamshari Abd Rahman, Pengarah Kewangan FRIM menunjukkan sijil yang diterima. Pengiktirafan lima bintang yang julung-julung kali diterima ini menunjukkan FRIM di bawah kepimpinan Ketua Pengarah (KP), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah berjaya menguruskan kewangannya dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti. Sijil yang disampaikan oleh Jabatan Audit Negara. Pengauditan yang dilaksanakan pada 28 November hingga 22 Disember 2016 memberi tumpuan terhadap sembilan (9) aspek iaitu Kawalan Pengurusan; Kawalan [...]

FRIM terima anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan2018-05-16T10:18:15+08:00

FRIM, PERHILITAN, wakil komuniti bincang isu monyet

28 Februari 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia dan wakil komuniti setempat Taman Ehsan telah mengadakan perbincangan pada 22 Februari untuk menangani isu konflik antara monyet dan komuniti di kawasan perumahan berkenaan. Semasa sesi dialog tersebut di Bilik Mesyuarat Shorea. Sesi dialog yang dipengerusikan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM dihadiri Ghazali Zawawi, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Ehsan dan Mariam Ernest, penduduk Taman Ehsan. Dari kiri: Khali Aziz, Toh dan Liza mendengar cadangan Mariam semasa perbincangan. Mohammad Shahfiz Azman, pakar [...]

FRIM, PERHILITAN, wakil komuniti bincang isu monyet2018-05-16T10:23:50+08:00

FRIM terima lawatan delegasi Jepun

28 Februari 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima lawatan enam wakil delegasi Jepun yang bertujuan berkongsi pengalaman serta mengadakan perbincangan dengan para penyelidik FRIM tentang ‘Access and Benefits Sharing’ (ABS). Dari kiri: Fadzureena, Norini, Mastura dan Nik Musa'adah pada sesi perbincangan. Delegasi yang datang ke FRIM pada 19 Februari ini terdiri daripada Maho Matsumoto mewakili Kementerian Alam Sekitar Jepun; Dr Manabu Suto (Biological Resource Center), Rie Funabiki (National Institute of Technology and Evaluation); Mutsumi Suzuki (National Institute of Genetics/ABS Task Team for Academia); Dr Yamasaki Takeshi (Makino Herbarium, Tokyo Metropolitan University); dan Michiko Nishikawa (Kedutaan [...]

FRIM terima lawatan delegasi Jepun2018-05-16T10:21:45+08:00