Monthly Archives: April 2018

>>April

FRIM sambut Hari Bumi

23 April 2018 (Isnin) - Hampir 100 sukarelawan yang terdiri daripada staf Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan para pelajar dari Institut British Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL BMI) telah berkumpul di kampus FRIM, Kepong pagi semalam untuk menyertai sambutan Hari Bumi Peringkat FRIM. Para pelajar dari UniKL BMI berbaris untuk pendaftaran. Selaras dengan tema tahun ini, "Hentikan Pencemaran Plastik", FRIM juga melancarkan semula kempen 'Say No to Plastics and Polystyrene'. Majlis perasmian program yang diadakan di Dataran FRIM ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah yang mengingatkan para peserta tentang kepentingan memainkan peranan masing-masing [...]

FRIM sambut Hari Bumi2018-05-15T16:25:12+08:00

FRIM anjur ceramah biodiversiti mengenai pemuliharaan mamalia

17 April 2018 (Selasa) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Ceramah Biodiversiti yang bertema, "Pemuliharaan Mamalia di Malaysia" semalam di Auditorium FRIM. Khali Aziz launching the seminar. Dua orang pakar fauna terkenal iaitu, Dr Lim Boo Liat dan Prof. Dato' Dr Tajudddin Abdullah telah membentangkan tajuk, 'Pengalaman penyelidikan saya dari 1947 sehingga sekarang' dan 'Biodiversiti, biogeografi dan evolusi' masing-masing. Lim yang merupakan bekas pakar zoologi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), dianggap sebagai perintis bidang zoologi di Malaysia. Beliau telah mendedikasikan kerjaya profesionalnya dalam penyelidikan bio-perubatan berkaitan haiwan kecil dan penyakit zoonotik seperti ‘scrub typhus’, leptospirosis dan penyakit hawar [...]

FRIM anjur ceramah biodiversiti mengenai pemuliharaan mamalia2019-02-10T00:35:05+08:00

Gutta percha, sejarah yang tidak diketahui ramai

12 April 2018 (Khamis) – Sejarah penubuhan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berhubung kait dengan spesies pokok yang aneh sebutannya, iaitu gutta percha/ pokok nyatoh taban merah yang pada suatu ketika dahulu amat berharga kepada Kerajaan British. Permintaan yang tinggi dan eksploitasi yang melampau terhadap pokok inilah yang mendesak Kerajaan British untuk memulakan pengurusan hutan serta penyelidikan perhutanan di Tanah Melayu British pada hujung abad ke-19 sehinggalah kepada penubuhan FRIM pada tahun 1985. Pucuk pokok gutta percha. Permintaan tinggi spesies tersebut disebabkan oleh kegunaan getah pokok ini sebagai penyalut kabel dalam air semasa perkembangan pesat telekomunikasi antarabangsa pada pertengahan [...]

Gutta percha, sejarah yang tidak diketahui ramai2019-02-10T00:28:11+08:00

Brownlowia latifiana, spesies baharu sempena KP FRIM

5 April 2018 (Khamis) – Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sekali lagi mencatat sejarah apabila nama beliau diabadikan sempena satu spesies pokok baharu yang ditemui di negeri Terengganu. Brownlowia latifiana atau dungun latif daripada famili Malvaceae-Brownlowioideae telah ditemui ketika ekspedisi botani penyelidik FRIM ke Hutan Simpan (HS) Jerangau, Terengganu pada tahun 2009. [foogallery id="4997"] Spesies pokok ini telah dinamakan sempena Abd Latif sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau dalam mendapatkan dana sebanyak RM7.6 juta untuk ‘Projek Melindungi Kepelbagaian Hutan Tumbuhan Semenanjung Malaysia’ di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Inisiatif serta usaha Abd Latif juga telah [...]

Brownlowia latifiana, spesies baharu sempena KP FRIM2018-05-15T16:34:25+08:00

FRIM sambut Hari Hutan Antarabangsa dan tubuh Taman Sinonim

4 April 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) Peringkat FRIM dan Penubuhan Taman Sinonim di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Selandar, Melaka semalam. Marzalina (kiri) dan Abd Latif menyampaikan ucapan masing-masing. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menyempurnakan majlis dengan penanaman pokok melaka (Phyllanthus emblica). Sejumlah 66 pokok daripada 33 spesies tumbuhan yang namanya sinonim dengan nama-nama tempat di Melaka ditanam oleh hampir 80 peserta dari FRIM dan wakil komuniti setempat termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, kampung-kampung serta badan-badan kerajaan terlibat dalam aktiviti menanam pokok. Program [...]

FRIM sambut Hari Hutan Antarabangsa dan tubuh Taman Sinonim2018-05-16T10:02:44+08:00

FRIM, KKM meterai MOU untuk kajian produk herba

30 Mac 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) petang tadi untuk bekerjasama dalam memastikan produk-produk tradisional atau bahan mentah herba yang dipasarkan di Malaysia berkualiti dan selamat digunakan. Semasa Majlis Menandatangani MOU di Bilik Mesyuarat Licuala. Ketua Pengarah (KP), Dato’ Dr Abd Latif Mohmod mewakili FRIM dalam menandatangani MOU manakala KKM pula diwakili KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Abd Latif (kiri) dan Noor Hisham semasa sesi pertukaran dokumen. Dalam kerjasama ini, FRIM bertanggungjawab memberikan pendedahan kepada industri tempatan akan kepentingan ujian kawalan kualiti [...]

FRIM, KKM meterai MOU untuk kajian produk herba2018-05-16T10:03:31+08:00