Monthly Archives: Mei 2018

FRIM raih empat pingat emas di ITEX’18

21 Mei 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memenangi empat pingat emas di Pameran Rekaan, Inovasi dan Teknologi 2018 (ITEX'18) yang diadakan pada awal bulan ini di Kuala Lumpur. Dari kiri Mohd Saifudullah Abd Wahid (bioreactor technology), Mastura, Farah dan Dr Nordahlia Abdullah Siam (MyWood-ID) bergambar dengan pingat emas dan sijil anugerah masing-masing. Pasukan Ciéra yang terdiri daripada (dari kiri) Mastura, Mohd Ramdan Parman dan Dr Saiful Azmi Johari.   Projek-projek inovasi FRIM yang menyertai ITEX’18 pada 10-12 Mei lalu ini ialah:  ‘Sustainable production of tongkat ali bioactive compounds from hairy roots culture using [...]

FRIM raih empat pingat emas di ITEX’182018-06-04T10:19:39+08:00

FRIM anjur Program Bicara Teknologi MyWood-ID

18 Mei 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program Bicara Teknologi MyWood-ID pada Selasa lalu di Villa Fragrans untuk memberi penerangan yang lebih jelas tentang penggunaan aplikasi tersebut. Program yang disempurnakan oleh Dato' Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM ini dihadiri 36 wakil daripada 17 agensi kerajaan yang memerlukan kemahiran pengecaman kayu dalam tugasan seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan jabatan-jabatan perhutanan negeri lain. Dari kiri: Abd Latif menyampaikan ucapan dan Gan semasa membentangkan tentang teknologi tersebut. Sebahagian daripada peserta di Villa Frangrans. Abd [...]

FRIM anjur Program Bicara Teknologi MyWood-ID2018-05-21T11:48:55+08:00

FRIM, KEJORA adakan kerjasama R&D penanaman mengkuang

8 Mei 2018 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) pada 6 Mei lalu untuk mengadakan kerjasama dalam kajian penanaman mengkuang di Kawasan Pertanian Kg. Tuan Seh, Mukim Sedili Besar, Johor. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah telah mewakili FRIM di majlis tersebut manakala KEJORA diwakili Pengurus Besarnya, Norazman Othman. MOA ini diadakan untuk melaksanakan kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi penubuhan ladang mengkuang di Kg Tuan Seh. Khali menyampaikan ucapan. Dari kanan: Khali dan Norazman bertukar dokumen dengan diperhatikan oleh Zulkifli Abdullah. Projek ini merangkumi penyediaan anak-anak [...]

FRIM, KEJORA adakan kerjasama R&D penanaman mengkuang2018-05-21T12:01:20+08:00

FRIM cemerlang dalam pertandingan inovasi

4 Mei 2018 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima beberapa anugerah inovasi pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) dan Ekspo Inovasi Islam (i-Inova) baru-baru ini. Nik Adlin dengan sijil anugerah JIPA. Projek inovasi 'Modular Seating System' yang diketuai Nik Adlin Nik Mohamed Sukri dan Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin telah memenangi anugerah 'Best Invention in Design Award' daripada Japan Intellectual Property Association (JIPA) di MTE pada 24 Februari lalu. Kumpulan projek ini juga terdiri daripada Tariq Mubarak Husin, Zairul Amin Rabidin dan Khairul Masseat. Sistem yang serba guna (versatile), mudah alih dan menjimatkan ruang ini membolehkan kerusi dan [...]

FRIM cemerlang dalam pertandingan inovasi2018-05-18T15:54:37+08:00

FRIM rai Ulang Tahun Ke-10 pelantikan KP

30 April 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah meraikan ulang tahun ke-10 pelantikan Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah (KP) dan mengambil Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Majlis Hari Anugerah di Dewan Alwy, pada Khamis lalu. Abd Latif menunjukkan Anugerah Khas Ikon FRIM sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Basir Malan Ab Rahman, Pengarah Sumber Manusia; Ismail; Azizan dan Khali Aziz. Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato’ Sri Azizan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang juga merupakan Pengerusi FRIM dan FRIM Inc. Azizan juga melancarkan buku berjudul, ‘Pelestarian Rizab Biosfera Tasik Chini’ yang [...]

FRIM rai Ulang Tahun Ke-10 pelantikan KP2018-05-18T15:53:39+08:00