Monthly Archives: Julai 2018

>>Julai

FRIM anjur kursus taksidermi

24 Julai 2018 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melalui Cawangan Zoologi (ZOO) telah menganjurkan Kursus Taksidermi untuk 16 staf cawangan tersebut pada 16 Julai lalu. Kursus yang dikendalikan oleh Ketua Cawangan, Mohammad Shahfiz Azman bertujuan untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang taksidermi. Beliau telah menerangkan latar belakang, teknik-teknik serta fungsi taksidermi pada sesi pengenalan. Semasa sesi amali, para peserta diberikan peluang untuk menyediakan spesimen hidupan liar mamalia kecil seperti tikus dan tupai. Mohammad Shahfiz menerangkan latar belakang taksidermi.  Mohammad Shahfiz menunjukkan teknik taksidermi yang betul kepada para peserta. Taksidermi (bermaksud penyusunan kulit) [...]

FRIM anjur kursus taksidermi2018-07-25T16:14:48+08:00

FRIM anjur dialog bersama industri perabot

16 Julai 2018 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘Dialog Bersama Industri Perabot dan Pemegang Taruh’ pada 11 Julai lalu di Auditorium FRIM, Kepong. Program yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM PCS) ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod dan dihadiri lebih 100 wakil-wakil industri perabot tempatan. Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian. Dari kiri: Amim, Salamah dan Hashim membentangkan topik masing-masing. Dialog ini bertujuan menerangkan proses pensijilan produk perabot FRIM PCS dan kepentingan untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan bagi memperkasa pengusaha perabot. Topik-topik pembentangan yang disampaikan ialah: [...]

FRIM anjur dialog bersama industri perabot2018-07-24T16:42:46+08:00

FRIM anjur seminar pengetahuan tradisi

9 Julai 2018 (Isnin) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan ‘Seminar Pemuliharaan dan Pemerkasaan Pengetahuan Tradisi 2018’ di kampus FRIM, Kepong pada 3 Julai lalu. Seminar yang bertemakan, ‘Sedekad melestari legasi pengetahuan tradisi’ ini bertujuan berkongsi status semasa projek pengetahuan tradisi, pengalaman serta pendapat bersama para penyelidik, agensi pelaksana dan juga komuniti Orang Asli. Seminar ini juga diadakan untuk memupuk kesedaran berkaitan keperluan perkongsian faedah dalam aplikasi pengetahuan tradisi. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) FRIM, Dr Ismail Harun yang mewakili Ketua Setiausaha Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Dato’ Sri Azizan [...]

FRIM anjur seminar pengetahuan tradisi2018-07-16T10:15:53+08:00

Elizabeth Wong sertai Gotong-royong FRIM Bersama Sahabat Komuniti

5 Julai 2018 (Khamis) - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping telah menyertai ‘Majlis Gotong-royong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama Sahabat Komuniti’ yang diadakan di Taman Warisan FRIM, pagi tadi. Program tersebut melibatkan lebih 100 staf FRIM dan wakil-wakil Sahabat Komuniti yang merangkumi penduduk sekitar kampus FRIM. Ia bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan warisan semula jadi serta memperkasakan sokongan komuniti setempat dalam usaha pengiktirafan FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Wong juga menanam pokok kundang (Bouea oppositifolia) sebagai acara simbolik bagi memperingati program ini. Spesies ini biasanya ditanam di kawasan-kawasan kampung sebagai pokok [...]

Elizabeth Wong sertai Gotong-royong FRIM Bersama Sahabat Komuniti2018-07-16T10:41:27+08:00