Monthly Archives: Ogos 2018

Utama>2018>Ogos

FRIM sambut Bulan Kebangsaan

28 Ogos 2018(Selasa) - Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan dan Larian Patriotik semalam bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia. Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah menyampaikan ucapan pada perhimpunan manakala TKP (Penyelidikan), Dr Ismail Harun melepaskan peserta larian. Khali Aziz menyampaikan ucapan.  Ismail melepaskan peserta larian.  Khali Aziz, Ismail, Liza Ismail, Pengarah Pentadbiran serta Zamshari Abd Rahman, Pengarah Kewangan FRIM telah menyampaikan pingat kepada semua pemenang larian. Khali Aziz juga penyampaian trofi kepada pemenang Pertandingan Gambar Patriotik, iaitu Pasukan Dasar Pengurusan. Peserta berlari di [...]

FRIM sambut Bulan Kebangsaan2018-08-30T13:53:11+08:00

FRIM anjur Program Kesedaran Keselamatan Siber

23 Ogos 2018(Khamis)– Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan 'Program Kesedaran Keselamatan Siber' pada 14 Ogos lalu di Auditorium untuk mempromosikan penggunaan internet yang selamat serta meningkatkan kesedaran staf terhadap isu-isu keselamatan. Program tersebut merupakan salah satu aktiviti sempena Hari Terbuka Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Antara pengisian program tersebut ialah beberapa siri taklimat yang disampaikan oleh pakar FRIM serta jemputan-jemputan khas iaitu: Etika Penggunaan FRIM Cloud oleh Maizura Ishak, Cawangan Teknologi Maklumat (ICT), FRIM;  Jenayah Siber (Inspektor Mohd Razmil Razak, Polis Diraja Malaysia (PDRM); Kawalan Kendiri dalam Media Sosial (Mohd Saufi Sujono, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF)); dan Keselamatan [...]

FRIM anjur Program Kesedaran Keselamatan Siber2018-08-28T15:11:25+08:00

Penutupan fasiliti FRIM sempena Hari Raya Aidiladha

20 Ogos 2018 (Isnin) – Unit Fasiliti, Galeri Penyelidikan dan Pusat Informasi Pelawat (VIC) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 22 Ogos (Rabu) ini, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Kampus FRIM termasuk trek berjoging, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong beroperasi seperti biasa. Kampus ini dibuka dari jam 5:30 pagi hingga 7:30 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Harap maaf dan sebarang kesulitan amat dikesali. Untuk pertanyaan atau tempahan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.

Penutupan fasiliti FRIM sempena Hari Raya Aidiladha2018-08-21T11:05:31+08:00

FRIM KSU KATS lawat FRIM

15 Ogos 2018 (Rabu) - Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Dato’ Dr Tan Yew Chong telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) semalam. Beliau disambut oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) (Operasi) FRIM; Dr Ismail Harun, TKP (Penyelidikan) serta ahli-ahli Pengurusan Tertinggi FRIM di Bilik Mesyuarat Licuala. Dari kiri: Tan, Khali Aziz dan Ismail berbincang ketika mesyuarat tersebut. Dato’ Dr Marzalina Mansor, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM (kiri) bercakap dengan diperhatikan oleh Ganesan. Khali Aziz memberikan taklimat latar belakang FRIM serta peranan dan pencapaian FRIM dalam penyelidikan, [...]

FRIM KSU KATS lawat FRIM2018-08-30T13:47:56+08:00

FRIM jadi tuan rumah Kejohanan Orienteering MAKSAK

7 Ogos 2018 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Orienteering Majlis Sukan dan Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia) yang diadakan di kampus FRIM, Kepong pada 4 Ogos lalu. Pada tahun ini, MAKSAK Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dilantik sebagai penganjur kejohanan tersebut dan FRIM dipilih sebagai lokasi kejohanan. Khali Aziz (kiri) dan Radin Hedly Shah menyampaikan ucapan masing-masing. Para atlet yang menyertai kejohanan tersebut. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Khali Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FRIM. Turut hadir, Radin Hedly Shah Radin Mohamad Hambali, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia [...]

FRIM jadi tuan rumah Kejohanan Orienteering MAKSAK2018-08-30T13:49:38+08:00

Ara berbuah – menjadi tarikan burung

30 Julai 2018 (Isnin) – Pokok ara (Ficus binnendijkii) di hadapan bangunan D4 Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang sedang berbuah telah menjadi tumpuan pelbagai spesies burung baru-baru ini. Para penyelidik Cawangan Zoologi (ZOO) FRIM yang mengadakan aktiviti memerhati burung pada 26 Julai lalu telah mengenalpasti dan merekodkan sekurang-kurangnya 10 spesies, termasuk perling (Aplonis panayensis), burung daun besar (Chloropsis sonnerati) dan merbah kapur (Pycnonotus goiavier).   Penyelidik ZOO Nor Hazwani Ahmad Ruzman (kanan) dan Mohammad Shahfiz Azman sedang memerhatikan burung.  Pokok ara yang dinamakan sempena Dr Francis Ng. Walaupun FRIM merupakan hutan buatan manusia, hampir 200 spesies burung daripada [...]

Ara berbuah – menjadi tarikan burung2018-08-02T13:34:14+08:00