Monthly Archives: Julai 2019

>>Julai

FRIM, AEON bekerjasama dalam penghijauan kawasan terosot

12 Julai 2019 (Jumaat) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan AEON Co. (M) untuk bekerjasama dalam program bertajuk ‘Contribution of AEON to Environment via Greening and Conservation of Degraded Habitats’ pagi tadi di kampus FRIM, Kepong. Abd Latif (kiri) dan Thong menyampaikan ucapan masing-masing.  Dari kiri: Khali Aziz, Wan Rasidah, Ang and Ho pada majlis.  Aktiviti-aktiviti program ini akan dijalankan di Stesen Penyelidikan FRIM di Bidor (SPF Bidor), Perak. FRIM telah dilantik sebagai perunding untuk memberi khidmat nasihat tentang aktiviti-aktiviit tanggungjawab sosial korporat (CSR) AEON seperti penanaman pokok dan pemulihan ekosistem [...]

FRIM, AEON bekerjasama dalam penghijauan kawasan terosot2019-08-02T09:55:51+08:00

FRIM-TRAXXfm anjur Program Ecobuzz

5 Julai 2019 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama TRAXXfm telah menganjurkan Program Ecobuzz semalam untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan warisan semula jadi dalam kalangan peserta. Program TRAXXfm-FRIM yang diadakan di Kawasan Perkelahan Sungai Kroh ini turut disertai oleh 50 pelajar SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Kumpulan ‘Rhythm of Eco’ sekolah tersebut juga dijemput membuat persembahan ‘ecodrum’. Abd Latif (kiri) dan Fairuz menyampaikan ucapan masing-masing.  Gambar selepas upacara penanaman pokok.  Dalam ucapan Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM, beliau telah memberi penghargaan kepada pihak TRAXXfm kerana memberi peluang kepada saintis [...]

FRIM-TRAXXfm anjur Program Ecobuzz2019-07-18T16:01:49+08:00

FRIM ditutup sementara pada 17 Ogos

  16 Julai 2019 (Selasa) – Sempena satu acara dalaman, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menutup kampusnya di Kepong kepada orang ramai termasuk pejoging pada 17 Ogos (Sabtu) mulai jam 6.00 pagi hingga 3.00 petang. Hanya Taman Botani Kepong FRIM akan dibuka seperti biasa. Harap maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih atas segala kerjasama. Untuk sebarang pertanyaan, mohon e-mel kepada frim_enquiry@frim.gov.my.

FRIM ditutup sementara pada 17 Ogos2019-07-17T09:53:47+08:00