Monthly Archives: November 2019

Utama>2019>November

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR

27 November 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua lagi Sijil ‘Malaysia Book of Records’ (MBR) iaitu sijil yang ke-39 dan ke-40 di Ibu Pejabat MBR, Kuala Lumpur petang tadi.  Sijil-sijil tersebut disampaikan oleh Jwan Heah, Pengarah Pemasaran MBR kepada: Dr Mohamad Omar Mohamad Khaidzir (Program Kualiti Dan Kejuruteraan Kayu) untuk ‘Oldest Operational Timber Testing Machine’ dan Dr Kevin Ng Kit Siong (Cawangan Genetik) bagi ‘First Laboratory to Provide Timber Tracking Services Using DNA Approach’. Dari kiri: Ng, Abd Latif, Heah dan Mohamad Omar semasa penyampaian sijil.  Gambar berkumpulan bersama staf FRIM dan MBR. [...]

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR2019-11-29T16:02:13+08:00

Tender

Tawaran Sebutharga/tender terkini dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Tender2020-01-15T09:33:35+08:00

FRIM anjur Bengkel Domestikasi Spesies Terancam Serantau ASEAN

11 November 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Bengkel Serantau bertajuk, ‘Domestikasi Spesies Terancam dan Endemik di Ekosistem Daratan Terosot’ pada 7 dan 8 November lalu. Bengkel yang merupakan salah satu aktiviti pemindahan teknologi projek ASEAN-ROK Forest Cooperation (AFoCo) ini bertujuan berkongsi maklumat serta teknologi terkini dalam usaha pemuliharaan spesies terancam terutamanya di kawasan tropika di rantau ASEAN. Abd Latif berucap pada majlis. Dari kiri: Ang, Abd Latif, Ryang dan Norwati semasa upacara penyampaian cenderahati. Seramai 20 orang peserta dan penceramah dari negara-negara ASEAN seperti Kemboja, Filipina, Indonesia, Laos, Myanmar, Malaysia, Singapura, Thailand [...]

FRIM anjur Bengkel Domestikasi Spesies Terancam Serantau ASEAN2019-11-15T17:24:06+08:00

YBM KATS rasmi pembukaan Taman Warisan FRIM

7 November 2019 (Khamis) - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Warisan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong pada 5 November lalu. Taman Warisan seluas 1.76 hektar ini dibangunkan mulai Januari 2017. Pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan endemik yang hanya terdapat di negeri Selangor serta pokok-pokok yang sinonim dengan nama tempat di Selangor seperti pokok meranti kepong, sentul, kundang, sepang dan petaling ditanam di kawasan ini. Xavier (kiri) dan Abd Latif menyampaikan ucapan masing-masing. Dari kiri: Zurinah, Abd Latif, Xavier, Tengku Zulpuri Shah dan Mohd Mokhtar semasa upacara pelancaran buku. [...]

YBM KATS rasmi pembukaan Taman Warisan FRIM2019-11-22T16:04:07+08:00

FRIM, Kerajaan Selangor pupuk kesedaran menjaga alam sekitar di kalangan pelajar

6 November 2019 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program Kesedaran Alam ‘Kenali Spesies Dipterokarp: Ikon Hutan Tanah Pamah Kita’ dalam kalangan pelajar dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor semalam. Tahun ini, FRIM mendapat peruntukan dana Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Smart Selangor, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor bagi melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar. Hee (kiri) dan Abd Latif menyampaikan ucapan masing-masing. Para peserta dan pihak penganjur program bergambar dengan Hee (duduk, tengah). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB [...]

FRIM, Kerajaan Selangor pupuk kesedaran menjaga alam sekitar di kalangan pelajar2019-11-27T16:11:32+08:00

Jangan masuk kawasan larangan FRIM

4 November 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sekali lagi mengingatkan semua pengunjung supaya tidak memasuki tempat larangan terutamanya kawasan hutan, plot penanaman pokok, arboretum serta denai-denai alam tanpa diiringi jurupandu atau staf FRIM bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pada 1 November lalu, seorang pelawat dilaporkan sesat dalam hutan FRIM, terjatuh dan tercedera pada kepalanya. Yeam Sai Ming, 62, telah memasuki hutan FRIM mulai 10.00 pagi dan hanya berjaya ditemui pada 6.30 petang oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada Penguatkuasa FRIM, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Balai Polis Desa Jaya. Abd Latif meminta kerjasama [...]

Jangan masuk kawasan larangan FRIM2019-11-27T16:07:42+08:00