Monthly Archives: Jun 2020

FRIM buka semula KBG, Taman Warisan esok

30 Jun 2020 (Selasa) – Taman Botani Kepong (KBG) dan Taman Warisan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan dibuka semula mulai esok (1 Julai) dan pejoging diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Waktu operasi KBG telah diubah kepada 7.30-11.00 pagi dan 3.00-6.00 petang setiap hari manakala Taman Warisan FRIM dibuka dari 7.00 pagi ke 6.00 petang (kemasukan terakhir: 30 minit sebelum waktu penutupan). Kampus utama FRIM, Kepong masih kekal ditutup sehingga akhir tahun. Poster SOP aktiviti berjoging di KBG dan Taman Warisan FRIM. Laluan kemasukan berlainan kereta dan pejalan kaki di KBG bagi memudahkan kerja [...]

FRIM buka semula KBG, Taman Warisan esok2020-07-01T14:32:59+08:00

FRIM terima dua lagi sijil MBR

24 Jun 2020 (Rabu) – Malaysia Book of Records (MBR) telah menyampaikan dua lagi sijil rekod baharu bagi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kepada Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM semalam. Dua rekod berkenaan iaitu ‘First to Establish Tongkat Ali Hairy Root Culture in the Bioreactor’ dan ‘Most Number of Sub-Ethnic Orang Asli Traditional Knowledge (TK) Documented on Medicinal & Aromatic Plants’ telah disampaikan oleh Jwan Heah Yeow Hooi, Pengarah Pembangunan Perniagaan (MBR). Dari kiri: Norwati, Jwan Heah, Abd Latif dan Nor Hasnida semasa penyampaian sijil MBR bagi ‘First to Establish Tongkat Ali Hairy Root Culture [...]

FRIM terima dua lagi sijil MBR2020-06-25T15:02:59+08:00

KP FRIM diberi penghargaan MTIB

18 Jun 2020 (Khamis) – Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima cenderahati khas berupa ukiran laser gambar portret beliau daripada Mohd Kheiruddin Mohd Rani, KP Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan jasa beliau kepada pihak MTIB. Cenderahati berkenaan telah disampaikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit MTIB yang dipengerusikan oleh Abd Latif, pagi tadi. Abd Latif (kanan) menerima cenderahati khas daripada Mohd Kheiruddin. Cenderahati berupa ukiran laser gambar portret Abd Latif. Abd Latif telah menganggotai dan mempengerusikan jawatankuasa tersebut sejak 2008. Mesyuarat pagi tadi adalah [...]

KP FRIM diberi penghargaan MTIB2020-06-24T10:42:06+08:00

Menteri KeTSA lancar buku Tasik Chini

16 Jun 2020 (Selasa) - YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melancarkan buku bertajuk, ‘Tasik Chini Biosphere Reserve–Conservation by FRIM & NAHRIM’ di Tasik Chini, Pahang, pada 14 Jun lalu sempena lawatan kerja beliau ke negeri Pahang. Buku mesra ilmu tersebut dihasilkan untuk berkongsi aktiviti penyelidikan dan pemuliharaan yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) di Tasik Chini dari 2011 sehingga 2018. Dari kiri: Zurinah, Shamsul Anuar, Abd Latif, Mohd Sharkar dan Mohd Hizamri semasa pelancaran buku. Shamsul Anuar melancarkan buku sambil [...]

Menteri KeTSA lancar buku Tasik Chini2020-06-18T09:07:00+08:00

FRIM rai pencapaikan staf dalam talian

15 Jun 2020 (Isnin) – Walaupun tidak dapat menganjurkan majlis, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tetap menyampaikan penghargaan kepada staf atas sumbangan dan pencapaian cemerlang pada 2019. Senarai penerima anugerah telah diumumkan oleh Bahagian Sumber Manusia FRIM secara berperingkat melalui emel mulai 21 Mei lalu. Sebahagian daripada penerima-penerima Anugerah FRIM 2019. Seramai 206 staf FRIM telah terpilih untuk menerima anugerah kecemerlangan dalam 15 kategori berlainan yang bukan hanya dinilai dari segi usaha dalam bidang tugasan, tetapi juga aspek sosial, kesukanan dan semangat berpasukan. Dr Ang Lai Hoe dipilih sebagai penerima Anugerah Saintis Terbaik FRIM 2019 manakala Anugerah Penyelidikan [...]

FRIM rai pencapaikan staf dalam talian2020-06-17T09:07:31+08:00

KBG, Taman Warisan FRIM dibuka mulai 1 Julai 2020

11 Jun 2020 (Khamis) – Taman Botani Kepong (KBG) di bawah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 1 Julai 2020 dengan waktu operasi dihadkan kepada 7.00-11.00 pagi dan 4.00-6.00 petang setiap hari manakala Taman Warisan FRIM dibuka dari 7.00 pagi-6.00 petang. Kampus utama FRIM, Kepong kekal ditutup sehingga akhir tahun walaupun beberapa aktiviti ekopelancongan berpandu akan dibenarkan mulai 1 Julai 2020. Taman Warisan FRIM dibuka dari 7.00 pagi-6.00 petang setiap hari mulai 1 Julai. Hanya maksimum 150 pejoging dibenarkan dalam KBG pada setiap satu masa. Semua pengunjung FRIM perlu mematuhi Prosedur [...]

KBG, Taman Warisan FRIM dibuka mulai 1 Julai 20202020-06-15T10:21:24+08:00

Tender

Tawaran Sebutharga/tender terkini dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini

Tender2020-09-18T09:22:51+08:00

Menteri KeTSA lawat FRIM

4 Jun 2020 (Khamis) - YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan pertama ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong semalam. Beliau diiringi Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha (KSU); Dr Mohd Mokhtar Tahar, Timbalan KSU (Sumber Asli); dan Norsham Abdul Latip, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, KeTSA. Sesi taklimat oleh KP FRIM. Dari kiri: Abd Latif, Khali Aziz, Shamsul Anuar, Zurinah, Marzalina dan Mohd Mokhtar bergambar selepas acara penanaman pokok. Shamsul Anuar disambut oleh Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM yang menyampaikan taklimat mengenai [...]

Menteri KeTSA lawat FRIM2020-06-11T09:12:35+08:00