lissa

Home>Web Master

About Web Master

This author has not yet filled in any details.
So far Web Master has created 45 blog entries.

Tender

Tawaran Sebutharga/tender terkini dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini. Peluang kerjaya baru dibuka! Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Tender2023-09-14T10:21:58+08:00

Kemudahan FRIM tutup sempena Tahun Baharu Cina

22 Januari 2020 (Rabu) – Unit Fasiliti, Pusat Informasi Pelawat (VIC) dan Galeri Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan ditutup pada 25–27 Januari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.   Kampus FRIM termasuk trek joging, jalan berturap, kawasan berkelah dan Taman Botani Kepong masih terbuka kepada penggunaan oleh para pejoging dan pengunjung lain. Kampus ini dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Pelawat tidak dibenarkan masuk selepas jam 6.30 petang. Perkhidmatan sewaan basikal dibuka dari jam 8:00 pagi hingga 5.00 petang. Ikut arah jam dari atas: VIC, Unit Fasiliti dan Galeri Penyelidikan FRIM. Kaunter sewaan basikal di [...]

Kemudahan FRIM tutup sempena Tahun Baharu Cina2020-01-23T15:46:53+08:00

FRIM, Kerajaan Selangor pupuk kesedaran menjaga alam sekitar di kalangan pelajar

6 November 2019 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menganjurkan Program Kesedaran Alam ‘Kenali Spesies Dipterokarp: Ikon Hutan Tanah Pamah Kita’ dalam kalangan pelajar dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor semalam. Tahun ini, FRIM mendapat peruntukan dana Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Smart Selangor, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor bagi melaksanakan program-program kesedaran alam sekitar. Hee (kiri) dan Abd Latif menyampaikan ucapan masing-masing. Para peserta dan pihak penganjur program bergambar dengan Hee (duduk, tengah). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB [...]

FRIM, Kerajaan Selangor pupuk kesedaran menjaga alam sekitar di kalangan pelajar2019-11-27T16:11:32+08:00

KATS, FRIM, JPSM hasil Setem Pokok Kebangsaan

26 Ogos 2019 (Isnin) - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menghasilkan setem komemoratif bagi meraikan pelancaran merbau sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia. Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Merbau sebagai Pokok Kebangsaan tersebut di Majlis Perasmian Pameran ‘Hutan Kita’ yang diadakan Menara Kuala Lumpur pada 23 Ogos lalu. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod telah menyampaikan setem tersebut kepada Tun Dr Mahathir semasa lawatannya ke tapak pameran. Turut hadir, YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri KATS; Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS; [...]

KATS, FRIM, JPSM hasil Setem Pokok Kebangsaan2019-09-11T09:55:36+08:00

FRIM, UKM bekerjasama dalam aspek perundangan WHS

25 Julai 2019 (Khamis) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memeterai perjanjian bagi kerjasama pembangunan penyelidikan dan implementasi aspek perundangan sempena pencalonan FRIM sebagai tapak warisan dunia (WHS).   Abd Latif (kiri) dan Abdul Wahab menyampaikan ucapan pada majlis. Sebahagian daripada hadirin majlis.   Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) tersebut telah diadakan di Green Community Centre, Villa Latifiana, FRIM semalam. FRIM diwakili oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah manakala UKM oleh Prof. Dato’ Ir. Dr Abdul Wahab Mohammad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi).   Kerjasama ini melibatkan pengenalpastian [...]

FRIM, UKM bekerjasama dalam aspek perundangan WHS2019-12-12T08:12:29+08:00

Kanak-kanak, ibu bapa kelab asma tanam pokok di FRIM

8 April 2019 (Isnin) - Kanak-kanak dan ibu bapa dari Kelab Asma Kanak-kanak Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyertai akitiviti penanaman pokok 'Let's Go Green' anjuran Yayasan Paru-paru Malaysia (LFM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 6 April lalu di FRIM, Kepong. Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dr Lee Boon Chye. Turut hadir, Pengerusi LFM, Dato' Dr Zainudin Md Zin dan Ketua Pengarah FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod. Dari kiri: Lee, Abd Latif dan Zainudin menyampaikan ucapan masing-masing. Lee menanam pokok meranti kepong (Shorea ovalis) sebagai acara simbolik bagi memperingati program [...]

Kanak-kanak, ibu bapa kelab asma tanam pokok di FRIM2019-04-10T16:57:15+08:00

FRIM, MTIB eratkan kerjasama perkukuh R&D perkayuan negara

29 Mac 2019 (Jumaat) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk mewujudkan dan meningkatkan kerjasama dalam menjalankan program penyelidikan, pembangunan serta pengkomersialan bagi memperkasa pengurusan dan pembangunan industri kayu-kayan di Malaysia. Dalam majlis yang diadakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur pagi tadi. Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod mewakili FRIM di majlis tersebut manakala MTIB diwakili Timbalan KP, Norchahaya Hashim. Norchahaya (kiri) dan Abd Latif berucap pada majlis. Para hadirin di Dewan Persidangan MTIB. Turut hadir, Mahpar Atan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB; Dr [...]

FRIM, MTIB eratkan kerjasama perkukuh R&D perkayuan negara2019-04-04T15:15:35+08:00

Majlis Hash Malaysia seru ahli hormati kawasan FRIM

27 Mac 2019 (Rabu) - Majlis Hash Malaysia (MHC) telah menasihati ahli-ahlinya untuk menghentikan aktiviti Hash House Harriers (HHH) dalam kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Pengerusi MHC, Chong Boon Ee berkata majlis tersebut akan mengeluarkan peringatan kepada semua cawangan supaya menjalankan aktiviti mereka tanpa melanggar mana-mana undang-undang dan peraturan. Ditubuhkan pada 1996 oleh sekumpulan Hashers senior, MHC mempunyai 220 cawangan hash di seluruh negara. Chong dan Setiausaha Kehormat MHC, Rajinder Agnihotri telah dijemput ke FRIM, Kepong pada 25 Mac untuk perbincangan mengenai isu pencerobohan oleh ahli HHH. Turut hadir, Pegawai Media, Lim Chung Lu dan staf Program Hutan [...]

Majlis Hash Malaysia seru ahli hormati kawasan FRIM2019-04-04T15:14:38+08:00

FRIM raikan IDF 2019 di Taman Warisan

22 Mac 2019 (Jumaat) – Warga Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah meraikan sambutan Hari Hutan Antarabangsa (IDF) 2019 bersama ahli-ahli Sahabat Komuniti FRIM pagi tadi di Taman Warisan FRIM. Dalam ucapannya, Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod berkata Taman Warisan FRIM ini amat penting kerana terdapat sejarah berkenaan pelbagai inspirasi, usaha pemulihan serta pembangunan taman yang dilaksanakan sejak 2007. Abd Latif (kedua dari kiri) bersama (dari kiri) Mohd Zamshari, Jamal dan Adnan. Gambar Abd Latif (tengah, berbaju putih) serta wakil-wakil Sahabat Komuniti bersama (dari paling kanan) Adnan; Dr Ismail Parlan, Pengarah Perhutanan dan Alam [...]

FRIM raikan IDF 2019 di Taman Warisan2019-03-27T11:45:51+08:00

KP FRIM: jangan masuk kawasan larangan

4 March 2019 (Monday) – 4 Mac 2019 (Isnin) – Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dato' Dr Abd Latif Mohmod mengingatkan semua pelawat supaya tidak memasuki kawasan larangan di kampus FRIM termasuk plot penanaman pokok, arboretum atau denai-denai alam tanpa diiringi jurupandu alam FRIM bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. "Pihak FRIM sudah memberi peringatan kepada pengunjung serta meletak papan tanda, namun ada segelintir yang masih tidak menghiraukan peraturan FRIM," kata Abd Latif. Baru-baru ini, terdapat dua kejadian pengunjung sesat selepas memasuki kawasan larangan. Dalam insiden terkini yang berlaku semalam, enam pelawat dilaporkan sesat setelah memasuki [...]

KP FRIM: jangan masuk kawasan larangan2019-03-20T13:20:08+08:00
Go to Top