MAKLUMAT TERKINI
FRIM terima Anugerah Perdana Institusi Penyelidikan Terbaik
27 Mei 2023 (Sabtu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima Anugerah Buku Negara 2023 Kategori Perdana: Institusi Penyelidikan Terbaik di majlis anugerah yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi.
Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dr Ismail Parlan menerima trofi dan sijil yang disampaikan oleh DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
FRIM dipilih oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dan Panel Penilai Profesional Anugerah Buku Negara bagi menghargai sumbangannya dalam memperbanyakkan penerbitan ilmiah tentang penjagaan dan perlindungan hutan tropika, biodiversiti hutan, penggunaan kayu-kayan dan khazanah-khazanah lain, penanaman semula pokok-pokok hutan serta perlindungan alam sekitar.
Pertimbangan penilaian dibuat ke atas buku-buku yang telah diterbitkan oleh FRIM.
Turut hadir, Timbalan KP (Penyelidikan), Dr Norwati Muhammad;Â Pengarah Perkhidmatan Teknikal, Sarifah Kunju Ahmad;Â Ketua Komunikasi Korporat, Toh An Nee dan Pegawai Media, Lim Chung Lu.
FRIM melakar pencapaian cemerlang dengan memenangi Anugerah Buku Negara pada 2010, 2012, 2013, 2016, 2019 dan 2022.
FRIM juga pernah memenangi Anugerah Buku ASEAN 2019 bagi kategori Institusi Penyelidikan.
Ismail juga mengambil kesempatan untuk melawat pameran buku FRIM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 selepas majlis tersebut.
Ismail (kiri) menerima trofi daripada DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. | Dari kiri: Sarifah Kunju, Ismail, Norwati dan Toh bersama trofi dan sijil anugerah. |
Ismail di ruang pameran FRIM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. | Trofi dan sijil anugerah. |
Maklumat Terkini