Monthly Archives: Februari 2019

>>Februari

FRIM- YKMAM anjur ‘Larian Kemanusiaan’

Poster ‘Larian Kemanusiaan’ 26 Februari 2019 (Selasa) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) akan menganjurkan ‘Larian Kemanusiaan’ (#RunforHUMANITY) pada 16 Mac (Sabtu) di Taman Botani Kepong, FRIM. Larian tersebut diadakan sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat FRIM dan Ulang Tahun ke-10 YKMAM. Program ini diadakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan hutan dan alam sekitar, terutamanya dalam kalangan remaja. Selain itu, larian tersebut juga bertujuan mengumpul dana bagi golongan kurang bernasib baik dari masyarakat tempatan dan pelarian. Orang ramai, penduduk di sekitar Kepong dan Gombak serta [...]

FRIM- YKMAM anjur ‘Larian Kemanusiaan’2019-03-11T10:04:54+08:00

FRIM-JBK anjur Bengkel Latihan Biokeselamatan

25 Februari 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Biokeselamatan (JBK) telah menganjurkan Bengkel Latihan Biokeselamatan pada 21 Februari lalu di FRIM, Kepong. Abd Latif (kiri) dan Norsham berucap pada majlis.  Dari kiri: George, Norsham, Abd Latif dan Marzalina semasa upacara pertukaran dokumen.  Bengkel anjuran bersama Jawatankuasa Biokeselamatan Keinstitusian (Institutional Biosafety Committee, IBC) FRIM dan JBK ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM. Bengkel ini disertai oleh 30 staf FRIM daripada bahagian Bioteknologi Perhutanan, Hasilan Semula Jadi, Keluaran Hutan dan Biodiversiti Hutan. Turut hadir pada majlis perasmian, Norsham [...]

FRIM-JBK anjur Bengkel Latihan Biokeselamatan2019-02-26T08:31:04+08:00

FRIM-WDCM kerjasama dalam penyelidikan mikrob

20 Februari 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan WFCC-MIRCEN World Data Center of Microorganisms (WDCM) semalam untuk bekerjasama dalam penyelidikan microbiologi serta membantu Koleksi Kultur Mikroorganisma FRIM (FRIM-MCC) menjadi lebih terkenal dalam kalangan komuniti saintifik di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.  Abd Latif (paling kiri) berbincang dengan Ma (tengah) dan Liu (paling kanan). Dari kiri: Nor Azah, Abd Latif, Liu dan Ma semasa sesi pertukaran dokumen MOU. WDCM, pusat data bagi World Federation for Culture Collections (WFCC) dan Microbial Resources Centers Network (MIRCEN) merupakan pusat penyelaras data bagi lebih 700 koleksi [...]

FRIM-WDCM kerjasama dalam penyelidikan mikrob2019-02-26T07:35:22+08:00

FRIM adakan pra-penilaian persediaan dokumen untuk penamaan UNESCO

11 Februari 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan Program Misi Pra-penilaian selama tiga hari untuk mengkaji penyediaan Dossier Penamaan serta Pelan Pengurusan dan Pemuliharaan (CMP) bagi Taman Hutan FRIM Selangor (FRIM Selangor Forest Park). Perunding yang terlibat untuk program ini ialah Pengarah Organisasi Pembangunan dan Penyelidikan bagi Alam, Kesenian dan Warisan (DRONAH), Dr Shikha Jain dan Pengarah Pengajian Warisan Dunia Universiti Tsukuba, Professor Dr Nobuko Inaba. Abd Latif (kanan) dan Samsudin pada mesyuarat tersebut. Shika (paling kiri) dan Inaba (tengah) menyampaikan penemuan mereka dengan diperhatikan oleh Noorsiha (paling kanan).   Mereka menyampaikan penemuan mereka [...]

FRIM adakan pra-penilaian persediaan dokumen untuk penamaan UNESCO2019-02-19T07:56:44+08:00

FRIM lancar kempen ‘FRIM Go Biodegradable’

4 Februari 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah melancarkan kempen ‘FRIM Go Biodegradable’ pagi tadi untuk meningkatkan kesedaran dalam memelihara alam sekitar, mengurangkan penggunaan plastik, polisterin dan penyedut minuman plastik yang memudaratkan alam sekitar. Abd Latif berucap semasa perhimpunan.  Staf FRIM mengambil ikrar untuk mengukuhkan integriti dalam perkhidmatan. Kempen tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod pada Perhimpunan Bulanan FRIM yang diadakan di Dataran FRIM. Turut hadir, Timbalan KP (Operasi), Dr Khali Aziz Hamzah; pengurusan tertinggi dan staf FRIM. “Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan amanah serta [...]

FRIM lancar kempen ‘FRIM Go Biodegradable’2019-02-19T08:01:28+08:00

FRIM alu-alukan inisiatif penghutanan semula swasta

31 Januari 2019 (Khamis) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) mengalu-alukan penglibatan sektor swasta dalam usaha pemulihan hutan dan pemuliharaan biodiversiti di negara ini. Dari kiri: Caroline, Chua dan Mohamad Helmy melancarkan buku ‘Plant-A-Tree’.  Pegawai Penyelidik Biodiversiti Hutan FRIM, Ajla Rafidah Baharom (paling kanan) menenunjukkan bahan pameran kepada pelawat.  "FRIM bersedia untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam penanaman semula hutan serta projek-projek pengayaan biodiversiti dalam usaha mencegah kepupusan spesies flora yang berharga," kata Ketua Pengarah FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM, Dr Lillian Chua pada Majlis Penutup Projek [...]

FRIM alu-alukan inisiatif penghutanan semula swasta2019-02-19T08:05:01+08:00