Monthly Archives: April 2019

>>April

FRIM anjur Bicara Biodiversiti: Pemuliharaan Avifauna di Malaysia

30 April 2019 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan program ‘Bicara Biodiversiti: Pemuliharaan Avifauna di Malaysia’ di Auditorium FRIM, Kepong semalam. Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai pemuliharaan avifauna serta berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan avifauna di Malaysia. Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian.  Dari kiri: Ismail, Mohammad Shahfiz, Azlina dan Yap membentangkan topik masing-masing.  Program yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi ini dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM. Turut hadir, Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM, Dr Lillian Chua. Topik-topik menarik yang dibentangkan oleh para penceramah [...]

FRIM anjur Bicara Biodiversiti: Pemuliharaan Avifauna di Malaysia2019-05-24T07:48:48+08:00

FRIM, UCB jalin kerjasama pertingkat nilai ekonomi hasilan semula jadi

24 April 2019 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Kolej Universiti Bestari (UCB) untuk bekerjasama dalam meningkatkan potensi ekonomi hasilan semula jadi menerusi input penyelidikan dan pembangunan (R&D). Abd Latif menyampaikan ucapan pada majlis.  Dari kiri: Nor Azah, Abd Latif, Tengku Mahmud, Sakri dan Abdul Razak semasa sesi pertukaran dokumen.  Kolaborasi ini juga membolehkan aplikasi hasil kajian dan teknologi yang dijana melalui perkongsian kepakaran dan kemudahan, di samping meningkatkan kemahiran organisasi menerusi inisiatif pemindahan teknologi kedua-dua institusi.  Majlis tersebut diadakan di FRIM, Kepong pada 9 April lalu. Dato’ Dr Abd [...]

FRIM, UCB jalin kerjasama pertingkat nilai ekonomi hasilan semula jadi2019-05-23T11:16:15+08:00

Menteri KATS rai kejayaan FRIM

17 April 2019 (Rabu) - YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah menyempurnakan sambutan Hari Anugerah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 2018 di kampus FRIM, Kepong semalam. Xavier (kiri) dan Abd Latif menyampaikan ucapan masing-masing.  Abd Latif (kedua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Xavier dengan diperhatikan oleh (dari kiri) Samsudin, Zurinah dan Khali Aziz. Beliau diiringi oleh Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha (KSU) KATS; Dato' Suhaimi Mamat, Timbalan KSU (Tanah dan Sumber Asli); Dato’ Wan Mazlan Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan; Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) [...]

Menteri KATS rai kejayaan FRIM2019-05-24T07:11:22+08:00

Menteri KATS lawat SPF Bidor bersama Duta-Duta Asing

9 April 2019 (Selasa) - YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penyelidikan Institut Penyelidikan Perhutanan Malyasia (FRIM) di Bidor (SPF Bidor), Perak pada 6 April lalu. Abd Latif (kiri) dan Ang berucap pada sesi lawatan.  Xavier (duduk, tengah) bergambar bersama duta-duta asing serta wakil-wakil KATS, FRIM, JPSM dan JPNPk.  Beliau yang diiringi isteri, Sheila Devaraj; Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS; Dato' Wan Mazlan Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan serta pegawai-pegawai KATS telah disambut oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) FRIM; [...]

Menteri KATS lawat SPF Bidor bersama Duta-Duta Asing2019-05-23T08:02:32+08:00

Kanak-kanak, ibu bapa kelab asma tanam pokok di FRIM

8 April 2019 (Isnin) - Kanak-kanak dan ibu bapa dari Kelab Asma Kanak-kanak Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyertai akitiviti penanaman pokok 'Let's Go Green' anjuran Yayasan Paru-paru Malaysia (LFM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 6 April lalu di FRIM, Kepong. Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dr Lee Boon Chye. Turut hadir, Pengerusi LFM, Dato' Dr Zainudin Md Zin dan Ketua Pengarah FRIM, Dato' Dr Abd Latif Mohmod. Dari kiri: Lee, Abd Latif dan Zainudin menyampaikan ucapan masing-masing. Lee menanam pokok meranti kepong (Shorea ovalis) sebagai acara simbolik bagi memperingati program [...]

Kanak-kanak, ibu bapa kelab asma tanam pokok di FRIM2019-04-10T16:57:15+08:00

FRIM terima dua Anugerah Buku Negara

3 April 2019 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua anugerah iaitu 'Anugerah Buku ASEAN 2019 - Institusi Penyelidikan ASEAN' dan 'Anugerah Buku Terbaik (Kategori Flora dan Fauna)' bagi buku bertajuk, ‘Cantik Namun Beracun’ di majlis Anugerah Buku Negara 2019 pada 1 April lalu. Khalid (berbaju biru) menyampaikan 'Anugerah Buku Terbaik' kepada Abd Latif.  Sijil dan trofi bagi 'Anugerah Buku Terbaik’ (kiri) dan 'Anugerah Buku ASEAN 2019’.  Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan kepada Ketua Pengarah (KP) FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod. “Penerimaan kedua-dua anugerah ini merupakan [...]

FRIM terima dua Anugerah Buku Negara2019-05-08T08:04:25+08:00