FRIM anjur Bicara Biodiversiti: Pemuliharaan Avifauna di Malaysia
30 April 2019 (Selasa) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengadakan program ‘Bicara Biodiversiti: Pemuliharaan Avifauna di Malaysia’ di Auditorium FRIM, Kepong semalam. Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran umum mengenai pemuliharaan avifauna serta berkongsi maklumat dan mengadakan perbincangan tentang isu-isu yang berkaitan avifauna di Malaysia. Abd Latif menyampaikan ucapan perasmian. Dari kiri: Ismail, Mohammad Shahfiz, Azlina dan Yeap membentangkan topik masing-masing. Program yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Bumi ini dirasmikan oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah FRIM. Turut hadir, Pengarah Biodiversiti Hutan FRIM, Dr Lillian Chua. Topik-topik menarik yang dibentangkan oleh para penceramah [...]