FRIM jadi tuan rumah hari keluarga KASIH Malaysia
19 Ogos 2019 (Isnin) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi tuan rumah Hari Keluarga Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturrahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia) pada 17 Ogos lalu. KASIH Malaysia merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh isteri-isteri menteri dan timbalan menteri Malaysia. Dari kiri: Abd Latif, Siti Hasmah dan Anne James menyampaikan ucapan masing-masing manakala Noor Azlin (paling kanan) memberikan taklimat mengenai FRIM. Abd Latif, Siti Hasmah (ketiga dan keempat dari kanan) dan lain-lain bergambar bersama pokok yang ditanam oleh Mahathir pada 2015. Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, YABhg. Tun [...]