FRIM terima anugerah Nikkei Asia Prize

Written by FRIM Webmaster on . Posted in Hadiah & Penghargaan, Berita & Acara

Dato' Dr Abd Latif menerima sijil anugerah daripada Presiden Nikkei Inc. Tsuneo Kita

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah dianugerahkan Nikkei Asia Prize bagi kategori sains, teknologi dan inovasi sebagai pengiktirafan sumbangan institut ini kepada pemuliharaan alam sekitar di rantau Asia.

Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod telah menerima anugerah ini di Majlis Penyampaian Anugerah-Anugerah Nikkei Asia ke-14 di Tokyo, Jepun pada 20 Mei 2009.

Nikkei Asia Prizes dilancarkan oleh Nihon Keizai Shimbun, Inc. (Nikkei) pada 1996 untuk memberi pengiktirafan kepada individu, kumpulan mahupun organisasi di atas pencapaian cemerlang serta sumbangan mereka kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat serta kestabilan sosio-budaya di rantau Asia.

Di dalam surat kepada Abd Latif bertarikh 4 Mac 2009, Pengerusi Nikkei En. Ryoki Sugita berkata bahawa panel yang memilih pemenang anugerah pada kali ini amat kagum dengan sumbangan FRIM dalam usaha pemuliharaan dan penggunaan lestari sumber kekayaan hutan.

Menurut beliau lagi, panel tersebut memberi perhatian khusus kepada peranan yang dimainkan oleh FRIM serta pencapaiannya dalam bidang penyelidikan perhutanan tropika di dalam dan di luar negara.

Dato' KP bersama-sama dua lagi penerima anugerah Nikkei Asia Prize.

Pengumuman nama-nama pemenang anugerah telah dibuat baru-baru ini melalui The Nihon Keizai Shimbun, The Nikkei Weekly, dan laman web Nikkei Net serta Nikkei Net Interactive.

Nikkei Asia Prizes dianugerahkan kepada individu, kumpulan serta organisasi di Asia, kecuali Jepun, atas sumbangan mereka di dalam tiga bidang: pembangunan serantau, sains, teknologi dan inovasi; dan kebudayaan.

FRIM ialah institusi Malaysia yang ketiga menerima anugerah ini. Yang pertama ialah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pada tahun 1998, diikuti oleh Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakuliti Perubatan Universiti Malaya pada 2002.

5 (100%) 1 vote
Print Friendly, PDF & Email

Tags:

.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
G : 3.2464539,101.643837
T : 603-62797000
F : 603 62731314
E : feedback@frim.gov.my

.

Jumlah pengunjung:

wordpress counter sejak 23 Jun 2014

Paparan Terbaik : Firefox 15+, Internet Explorer 10+, Chrome 3+
Resolusi : 1280 X 1024, Responsive

.

frim-iso frim-5s frim-ipv62 frim-1malaysia frim-mygov frim-msc frim-mampu frim-nre
Font Resize
Contrast