Berita2023-06-20T12:09:53+08:00

BERITA

1101, 2019

FRIM pastikan mesin kejuruteraan kayu vintaj terus berfungsi

By |Januari 11, 2019|Categories: FRIM Berita|

3 Januari 2019 (Khamis) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya memastikan peralatan kejuruteraan kayu vintaj iaitu Buckton universal testing machine masih berfungsi dan digunakan untuk ujian kayu dengan membuat beberapa pengubahsuaian. Mesin berusia 97 tahun ini dipercayai hanya tinggal satu unit sahaja di dunia. Ia masih berada dalam keadaan baik

2812, 2018

FRIM, pusat rujukan kajian taksonomi serangga

By |Disember 28, 2018|Categories: FRIM Berita|

28 Disember 2018 (Jumaat) – Kaya dengan koleksi serangganya, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menjadi pusat rujukan bagi kajian taksonomi serangga bagi saintis tempatan dan antarabangsa. Cawangan Entomologi (ENTO) FRIM yang menguruskan koleksi rujukan entomologi ini juga menawarkan perkhidmatan pengecaman serangga kepada industri dan agensi kerajaan. Koleksi rujukan ini

2712, 2018

FRIM uji tahap formaldehid mengikut regulasi antarabangsa

By |Disember 27, 2018|Categories: FRIM Berita|

26 Disember 2018 (Rabu) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah mengambil langkah proaktif menjadi badan pengujian pembebasan formaldehid yang diiktirafkan dalam skim persijilan/regulasi antarabangsa untuk membantu pihak industri mengatasi halangan pasaran yang dikenakan oleh negara-negara pengimport. Kebanyakan produk panel kayu menggunakan resin sintetik seperti urea formaldehid (UF), fenol formaldehid

2612, 2018

FRIM sertai program lestarikan habitat kelip-kelip Kuala Selangor

By |Disember 26, 2018|Categories: FRIM Berita|

24 Disember 2018 (Isnin) – Sekumpulan penyelidik daripada Cawangan Entomologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyertai program penanaman pokok sagu (Metroxylon sagu) di kawasan Tanjung Beluntas yang terletak di seberang sungai, bertentangan dengan Jeti Kelip-kelip Kampung Kuantan pada 8 Disember lalu. Program yang bertujuan untuk memulihara habitat dan populasi

2012, 2018

Permohonan, pembaharuan pas FRIM mulai 3 Januari 2019

By |Disember 20, 2018|Categories: FRIM Berita|

18 Disember 2018 (Selasa) – Permohonan dan pembaharuan pas riadah serta pelekat kenderaan untuk memasuki kampus Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi tahun 2019 akan bermula pada 3 Januari di Unit Fasiliti FRIM yang terletak bersebelahan dengan kafeteria di Blok F3. Notis pembaharuan pas riadah telah dipasang

1412, 2018

FRIM terima dua lagi pengiktirafan MBR

By |Disember 14, 2018|Categories: Anugerah & Penghargaan, FRIM Berita|

12 Disember 2018 (Rabu) – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima dua lagi sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) pagi tadi. Sijil ini diperoleh atas pengiktirafan FRIM sebagai ‘Institut Penyelidikan Perhutanan yang Pertama di Malaysia’ dan rekod individu untuk Ketua Pengarah (KP) FRIM, YBhg. Dato’ Dr Abd Latif

Go to Top