TEMPAT UNIK

Terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan FRIM di Jalan Kapur, kawasan tanah lembap FRIM dahulunya merupakan bekas lombong bijih timah dan kebun-kebun sayur. Kini, ia merupakan habitat bagi pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan. Kawasan ini menjadi tempat tinggal burung-burung seperti ruak-ruak (Amaurornis phoenicurus). Haiwan-haiwan lain yang boleh dilihat di sini ialah biawak, katak, lintah dan pelbagai spesies serangga. Tidak seperti kawasan tanah lembap yang lain, kawasan tanah lembap di FRIM ini dikelilingi oleh ladang hutan, tapak semaian dan arboretum pokok buah-buahan.

Sila patuhi arahan Panduan Pelawat FRIM ketika menjalankan aktiviti di atas.