BERITA
KP FRIM diberi penghargaan MTIB
18 Jun 2020 (Khamis) – Datuk Dr Abd Latif Mohmod, Ketua Pengarah (KP) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menerima cenderahati khas berupa ukiran laser gambar portret beliau daripada Mohd Kheiruddin Mohd Rani, KP Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan jasa beliau kepada pihak MTIB.
Menteri KeTSA lancar buku Tasik Chini
16 Jun 2020 (Selasa) - YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah melancarkan buku bertajuk, ‘Tasik Chini Biosphere Reserve–Conservation by FRIM & NAHRIM’ di Tasik Chini, Pahang, pada 14 Jun lalu sempena lawatan kerja beliau ke negeri Pahang. Buku mesra ilmu tersebut dihasilkan untuk
FRIM rai pencapaikan staf dalam talian
15 Jun 2020 (Isnin) – Walaupun tidak dapat menganjurkan majlis, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) tetap menyampaikan penghargaan kepada staf atas sumbangan dan pencapaian cemerlang pada 2019. Senarai penerima anugerah telah diumumkan oleh Bahagian Sumber Manusia FRIM secara berperingkat melalui emel mulai 21 Mei lalu. Sebahagian daripada penerima-penerima
KBG, Taman Warisan FRIM dibuka mulai 1 Julai 2020
11 Jun 2020 (Khamis) – Taman Botani Kepong (KBG) di bawah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan dibuka semula kepada orang ramai mulai 1 Julai 2020 dengan waktu operasi dihadkan kepada 7.00-11.00 pagi dan 4.00-6.00 petang setiap hari manakala Taman Warisan FRIM dibuka dari 7.00 pagi-6.00 petang. Kampus utama FRIM,
Menteri KeTSA lawat FRIM
4 Jun 2020 (Khamis) - YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan pertama ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong semalam. Beliau diiringi Datuk Zurinah Pawanteh, Ketua Setiausaha (KSU); Dr Mohd Mokhtar Tahar, Timbalan KSU (Sumber Asli); dan Norsham Abdul Latip, Setiausaha
Imbas sebelum masuk FRIM, mulai 1 Jun
27 Mei 2020 (Rabu) - Bagi merekod kemasukan pelawat yang mempunyai urusan rasmi, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan memperkenalkan sistem daftar masuk-keluar dan log lawatan secara atas talian melalui kod QR mulai Isnin, 1 Jun 2020. Poster dengan kod QR yang perlu diimbas. Pegawal keselamatan akan menunjukkan poster










